Our sponsor...

Tuesday, June 26, 2012

Kemenangan Ikhwan guna teknologi 1,400 tahun lalu


Kemenangan Ikhwan guna teknologi 1,400 tahun lalu

Mohd Yusof Hadhari,
25 Jun 2012
Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka  untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang mendekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesan Syeikh Jum’ah Amin.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”

Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji  cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang diperoleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.

Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan diraih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka.  Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10,000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.

Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, “  Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat..” Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.

Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir. Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.

"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi  agama  ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."

sumber asal: harakah daily

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji


Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji
Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-


Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.


Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)


Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)


Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian. 


Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.
Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.
Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala : 


وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)


Akhuirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu member penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.


Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

kuliah Masjid Asy Syarif Meru Klang's


Saturday, June 23, 2012

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada para Muslimat-rusydee artz


1o tips kejayaan-rusydee artz


MAMAT JIWANG vs MINAH BRUTAL




Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum…hai awak,sy nak berkenalan dgn awk boleh x???

Minah : waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak aku bagi..aku on je…

Mamat : waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa mak bapak awk…bg alamat umah awk...

Minah : ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati :ceh malas tol punye minah..xpe2..waa nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai brutal tol..)


Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik..sihat..?

Pkcik & makcik : waalaikumussalam..alhamdulillah kami sihat..tapi..anak ni siape?

Mamat : sy MOHD AIMAN.. sy datang jumpa makcik ngan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yg bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah..ade lagi pemuda yg gentelmen cam kamu ni lg ye zaman skrg..sbnr ye kamu la pemuda yg pertama datang mintak izin sblm nk berkenalan dgn anak pkcik NURUL IMAN tu..

Mamat : (dalam hati: waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni xde siape yg berani dtg..kateye..si NURUL IMAN tu garang sangat org ye..sebenarnya x..si NURUL IMAN tu org ye lembut sgt, sopan, budi bahasa, rajin dan agama ye pun baik..

Mamat : sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati: ceh..lembut ke??sopan ke?? Budi bahsa ke?? Xde gaye langsung..xpe2..wait n c minah)

Pakcik : pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…

Mamat : terima kasih pakcik makcik..






Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : awak parents awak da izinkan sy berkenalan dgn awk..

Minah : so what????ade aku kisah…..

Mamat : tersenyum dalam kebengangan (dalam hati: eh2..sabar hati..sabar…)

Minah : wei aku nak jumpa mak bapak ko plak…ni fon aku, ko salin kan alamat ko..pastu save message..

Mamat : awk nak wat pe jumpa ibu ayah sy…??(sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : yg ko sibuk kenape?? ? macam mak nenek..banyak tanye..sok ko jgn ade kat umah dr jam 11 a.m sampai jam 12 p.m , ko merayap la kemane2 pun...lau ade gak kt uma aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko ..paham????

Mamat : ok2 ….awk,sy nak no.tepon awk…mane lah tau lau rindu2 t boleh calling2..

Minah : ooiiitt…geli aku..rindu2 ingat aku ni bini ko ke…nak termuntah aku dengar.. ko call je 999 mintak no. tepon aku kt dorang..kompem dapat..dapat pelempang..hahahahaha..

Mamat : senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie…geram ye aku..xpe2..sabar hati..sabar)




Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN..sampai hati senyap2 ye…xnk kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : apa ibu cakap ni..aiman xpaham la… (dalam kepale sambil memikir apa sebenarye telah terjadi)

Ayah : MOHD AIMAN..jangan nak main nyorok2 lah kami da tau..tadi jam 11 GIRLFRIEND kamu datang..ayah bekenan lah lau dia jadi menantu ayah..

Ibu : ibu pun setuju..cantik,sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua..seronok ibu lau dapat menantu yg boleh jd kawan ibu…kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN..kamu setuju..?

Mamat : kalau ayah dgn ibu setuju dan suka..terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan :sejak bile plak aku de GF ni,. GIRLFRIEND yg d ckp oleh ayah dan ibu dala minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr…gila la aku da la xkenal sape minah tu..brutal plak tu tetibe je ibu ayah nk wat menantu..xpe..jalan je…ade sesuatu kt NURUL IMAN tu sampai ibu ngan ayah pun suka..hihihi)




Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : awk..minggu depan ibu ayah sy nak masuk meminang awk..xpe ke awk??

Minah : ko setuju ke mak bapak ko minang aku???

Mamat : setuju

Minah : da ko setuju wat pe tanye aku lagi..ape la... cume aku nak lau kite b’tunang aku cume nak barg hantaran telekung,sejadah dan al-quran yg ko khatam kn je..duit hantaran ikut suke ko nak bg berape..aku xkisah..10 sen pun aku terima..pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. da kite tutup kes ni..

Mamat : amboi dasyat tol awk ni….awk ni garang la tp sweettt..( sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : oooiiittttttttt setan…kuar la ko dari badan mamat ni…ko tau x HARAM sentuh orang yg bukan mahram…selagi ko x lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku..ko ade wudu’ x???

Mamat : xde…nak wat pe…?

Minah : ko g amik sekarang..cepat la….

Mamat : merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngn aku..garang cam singe..singe pun xcam dia.)









SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : awk, sy da amik wudu’..awk nak sy wat pe???

Minah : diam la..banyak bunyi la ko ni…nah amik ni AL-QURAN..ni HALAL tok ko pegang 24 jam pun,cium, pelok pun boleh…pahale bergande 1000x lau ko bace…ha…aku nak ko hafaz juzu’ 30..minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu…

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : awk ape kate kite tukar panggilan..sy panggil awk SAYANG dan awk panggil sy ABANG..

Minah : ooiiiittt..geli aku nak panggil ko abang..ABANG tu hanya SUAMI aku je..ko tu bukan suami aku lagi..baru tunang nak gempak2..bla la wei…ha daripada ko dok ngarot yg bukan2,..ko da hafaz pun lom juzu’ 30..????

Mamat :..emmmmmmm…da..da…nape???

Minah : ha..ha cube bace kt aku ape yg ko hafaz..

Mamat : (dengan mulai dgn surah al-fatihah dan seterus ye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis…)

Minah : Alhamdulillah…pas ni ko bace plak makne2 surah dalam juzu’ amma tu..minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : da macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite plak (ckp dlm nada slow)

Minah : ooiitt ko kutuk aku ek…xpe2..

Mamat : mane ade…awk memang cantik comel..

Minah : da..da..jgn nk ckp lg aku tau da aku memang cantik comel.. sbb tu ko soh mak bpk ko minang aku kn..

Mamat : tersenyum (dalam hati: ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)







Jumaat (2 MINNGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : awk..awk..awk xrase ke apa yg sy rase..sy rase cam ade sesuatu yg indah antara kite berdua la..setiap kali ingat awk mesti terase yg awk dekat sgt dlm hati sy..

Minah : ooiitt yg ko nak berjiwang karat sangat ni nape?? Bengkak telinge aku dengar..ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngn ko..jgn harap la weii..da2 sekarang ko cerita kn kt aku kisah2 dlm juzu’ amma tu..

Mamat : (dalam hati : dy ni memang xde perasaan langsung..baru nak jiwang2 da xboleh..xpe..sabar hati..sabar..)

Minah : ooiitt berangan plak…aku soh cerite bukan berangan..cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : sabar la…ngah susun ayat ni…(Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..dy memulakan kisah dari 1 surah ke surah yg lain hingga khatam dlm juzu amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. minggu depan kita nikah…aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill…Allah tu Maha Melihat..lau ko xwat..ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2…

Mamat : xnk la la sy..malu la tersangkut2..ok2.insyallah sy wat…

Minah : tau plak malu..ok..ag 1..hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis..xkisah la waktu tu ko sedih ke.kecewa ke..yg aku nak tengok ko senyum je..paham???

Mamat : faham..awk..sy teringin nak tengok awk senyum..senyum la awk..mesti manis..slalu tengok muke garang awk je…senyum la kit wak..

Minah : ade..ade aku kisah..xboleh..lau nak tengok sgt aku senyum..tunggu hari kite nikah t..mesti ko xboleh tidur pas tengok senyuman aku yg menggoda sgt ni tau…hahahahahahahaha..

Mamat : emmmmmm..yelaaaaa….




Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : dengan sekali lafaz..“AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : sah..sah..sah..

Minah : Alhamdulillah (terus dy sujud syukur tanpa menghirau kan org sekelilng dy)




(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yg solehah..(sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : subhanallah..terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : sayang , abang xsangka plak rase ye belum sebulan kite kenal ..tetibe je da kawin..ajaib betul..

Minah : tu nama ye jodoh..kekusa Allah bang..kite hanya merancang tapi Allah juga yg menentukan segalenye..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu…?

Minah : Tanya la abang,.(dengan nada suare yg manje)

Mamat : nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? tapi bile ngan orang tua abang n orang tua sayang ckp sopan….?

Minah : maafkan sayang abang..ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang..ayang wat semua tu sebab nk uji sama ada abang sabar x dengan kerena ayang..ayang nak abang terima ayang dengan seadanya..sebab sayang xnk kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang da sentuh ayang sebelum kawin..ni sekarang kite da kawin..ayang milik abang..abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi..hihihi..abang nape abang kawin dengan ayang…??

Mamat : subhanallah…terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini..abang pilih sayang kerana Allah…lepas abang wat qiamullai yg sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yg tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG..waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah ye kenape sayang suruh abang menghafal juzu amma dan membace terjemahan ye..semua nya indah sayang..terima kasih sayang…sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yg lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yg soleh (sambil tangan ye menadah doa). Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPAHRD sebijik.. kan ayang da cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : sayang..anggap la tu hadiah daripada abang..berape sgt la nilai ye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang..I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH.. ,

Minah : I LOVE U TOOO ABANG…UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS…AMINNNNNNN….