Our sponsor...

Sunday, March 20, 2011

Koc wanita:persekitaran @ publisiti...

 Hem,rasanya kalu sebut  Pink Coach,Bas Wanita semua sudah tahu akan khidmat operasinya yg khusus utk wanita sahaja.Kalau Bas Wanita rasanya xde masalah kerana drebar bas ada utk menghalang kaum lelaki bagi menaiki bas tersebut,tapi lain pula bagi tren.Tidak semua stesen mempunyai petugas/pengawal bagi mengelakkan kaum adam naik coach tersebut.Ada rungutan didalam akhbar mengatakan coach wanita tidak selalunya penuh jadi ada yg mengambil kesempatan naik sahaja coach tersebut.Tidak adil utk menyalahkan kaum adam yg pure malaysian nih,sebabnya antara penumpang setia pink coach tuh ialah Mat bangla.Terdapat laporan yg mengatakan Mat2 Bangla nih dgn selambanya naik coach tersebut.Aik ..????

                                            Xnampak pun Mat Bangla tersebut....hehehe


                                                 Ini rupanya....

 Siapa yg harus dipersalahkan???

 Kalau si lelaki2 ini berkata mereka xmengetahui akan kewujudan koc wanita,diorang duduk planet mana.Barangkali baru turun dari planet Pluto kot.Gedabak banting koc wanita untuk wanita sahaja sepanjang masa tuh xreti baca ke.Oh,x faham bahasa melayu,cuba tgk gambar kat bwh nih.

                                     Ha tu bukan ada bahasa cina,india,inggeris..buta huruf agaknya...
Masalah yang kedua pulak  wanita-wanita nih taknak pertahankan hak dorang.Cubalah sound mamat yg buta huruf tuh.Mana tau dorang xbuta hati.Kalau dah buta hati tuh,nak buat macammana lagi.Ada jugak yg masuk jek terus pengsan.Bila sampai kat destinasi yg dituju tetiba celik pulak.Hem tulah kalau orang dah buta hati.Tak hiraukan orang lain dah.Nak tegur kompem xdengar,nak jeling kompem tido...huhu...so iklan yg suh jeling reramai tuh xleh gunalah...hahaha

Publisiti yg kurang meluas tentang koc wanita ini antara faktor utama.Carilah dalam youtube iklan pink coach saya jamin tiada yg menepati carian anda.Di stesyen-stesyen televisyen kurang publisiti tentang pink coach.Kalau ada pastinya sempena Hari wanita.Kalau tiada hari wanita agaknya tiadalah publisiti akan koc wanita nih...

Berbalik mengenai tren nih,sikap masyarakat malaysia sgt menyedihkan...harini selepas bertahun lamanya aku naik tren.Dekat stesen sentral aku tgk punyalah berebut nak naik tren.Mereka yang nak keluar terpaksa berasak dengan mereka yang hendak masuk.Yang berbadan besar bolehlah berebut masuk,yang kecil terpaksa tunggu tren lain.Kalau di Singapura,keadaan ini xberlaku.Kita xperlu turun sampai ke negara tersebut,utk melihat sendiri keadaan ini.Pengalaman di selatan tanah air melihat sendiri warga singapura yang berkunjung ke negara ini samaada bekerja atau melancong mereka sanggup beratur bermeter jauhnya untuk menaiki bas.Berbanding rakyat malaysia yg sanggup menolak orang lain untuk menaiki bas mahupun tren.
Mungkin negara kita sedang membangun,namun itu bukannya sebab untuk menolak nilai-nilai murni yang kita amalkan selama ini...sekian...



Thursday, March 17, 2011

Bismillahhirahmannirrahim...
Video ini mengisahkan mengenai seorang pemimpin sejati di zaman sebelum kejatuhan islam.Bagi mereka yg berminat untuk mendapatkan novel sultan al-fateh boleh mendapatkannya melalui saya.Tinggalkan pesanan anda di chat box...

Thursday, February 3, 2011

Pasca PRK Dun Tenang

 Assalamualaikum...

  Seminggu sudah berlalu sejak PRK N.05 Tenang.PRK N.05 menyaksikan pertandingan antara 2penjuru iaitu Normala(Pas) dan Azhar(BN) dengan menyaksikan kemenangan calon BN(details undi leh cek sendri).Sepanjang kempen selama sebulan(kempen rasmi selama seminggu jek) berbagai ragam parti bertanding mahupun rakan sekutu diperlihatkan kepada masyarakat.Kawasan panas tumpuan parti bertanding adalah kawasan felda-felda iaitu Felda Tenang,Felda Chempelak,dan Felda Chempelak Barat.Undi mereka sgt berharga hinggakan para parti bertanding sanggup berkampung selama sebulan.

  Keadaan yg selama ini tenang bertukar hingar bingar dengan kehadiran mereka-mereka.Ketenangan warga Dun Tenang diganggu gugat dgn hingar bingar ceramah,pamplet bertaburan dijalanan dan risalah-risalah mengeji pihak lawan masing-masing.Ada kala geli hati melihat mereka ini.Sepanjang kempen juga dapat dilihat strategi mereka menarik undi rakyat.Kempen rumah ke rumah,klinik kesihatan,ekspo-ekspo dan tidak dilupakan juga ceramah parti bertanding dengan menampilkan tokoh-tokoh mereka.

   Sepanjang kempen juga dilihat munculnya wira-wira masyarakat yang baru muncul dari pelbagai pelosok negara.Mereka-mereka ini tampil menghulurkan bantuan pada golongan -golongan yang selama ini dipinggirkan.Pelbagai janji ditabur bagi berkhidmat untuk. Namun kesudahn terletak pada pengundi itu sendiri.Pengundi sekarang sudah bijak.Tidak hanya memandang pada parti sahaja bahkan personaliti calon yang bertanding.Wassalam...



                               PILIHAN RAYA

Menjelang PRK N.05,                                                        Jentera parti  terus dikerah,                                             Sepanduk & poster giat dipasang,                                                  Tak sabar menanti pilihanraya.

Penamaan calon sudah berlalu,                                   Kempen & ceramah politik mengambil tempat,                Bahang pilihan raya makin terasa,                                           Para calon sibuk berkempen.

Perang poster semakin rancak,                                                        Lahirlah kreativiti yang tidak disangka,                                               Janji-janji manis mula kedengaran,                                               Entahkan realiti entahkan fantasi.                                                      

Hari pembuangan undi semakin hampir,                      Kempen&ceramah terus dipergiat,                                   Para calon menaruh harapan,                                                       Parti yang diwakili akan menang.

Hari pengundi mengambil tempat,
Warga Dun Tenang menunai tangungjawab,
Memilih calon pilihan hati,
Agar kelak tak menyesal di belakang hari.

Keputusan pengundian diumum sudah,
Yang menang laksana tanggungjawab,
Yang kalah teruskan usaha,
Bersama bersatu berganding bahu,
Membangunkan Dun Tenang agar lebih maju.

Hujan panas ribut taufan,
Semuanya harus kau redah,
Tanggungjawab digalas bukannya mudah,
Hendaklah amanah memikul tanggungjawab....



Wednesday, February 2, 2011

Dakwah:Suatu revolusi penyampaian....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
 Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan utk menyambung nyawa kita hari ini.Buat yg pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya al-fatihah mengiringi pemergiannya.Selawat dan salam buat rasul junjungan nabi muhammad s.a.w serta para sahabat,pengikutnya serta muslimin dan muslimat.Antara tugas dan tanggungjawab kita sebagai hambanya selain mengabdikan diri kepadanya ialah menyeru kepada dakwah.Mungkin kita menganggap pemimpin Tabligh sudah cukup ramai utk berdakwah,malahan ustaz-ustaz,guru agama sudah ramai dan mampu menyampaikan dakwah secara berkesan.Kita hanya insan biasa.

 Dakwah bukan sahaja dalam bentuk kata-kata seperti berceramah sebagainya,malahan perbuatan kita itu turut merupakan satu dakwah.Perbuatan atau perlakuan kita sebagai seorang muslim sebenarnya adalah satu bentuk dakwah yang paling baik.Tidaklah seseorang itu dilabelkan sebagai omong kosong sahaja.sebagai seorang muslim kita diperintahkan untuk beramal dan bekerja.Satu kata-kata yang tidak diikuti dengan perbuatan adalah sia-sia sahaja.Sebagai contohnya semasa bekerja,kita hendaklah bekerja bersungguh-sungguh seolah-olah ingin hidup seribu tahun dan semasa beribadah pula beribadahlah juga bersungguh-sungguh seolah-olah akan mati esok hari.Ambillah iktibar dari kisah sebuah telemovie *"xsama tapi serupa"

  Pada zaman sekarang,masa berlalu meninggalkan kita dengan pantas.Tanpa disedari 2/3 daripada hidup kita dipenuhi dengan keduniaan semata-mata.Kita terlalu leka dengan dunia hingga meninggalkan akhirat dibelakang.Bukankah lebih baik jika akhirat dipikul bersama semasa mencari dunia.Namun itulah sifatnya manusia akhir zaman iaitu sukakan dunia hingga lupa akan kematian.Sesungguhnya kita hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.itulah puncanya allah mewajibkan kita sembahyang lima waktu sehari semalam.Solat itu diumpamakan seorang itu mandi lima kali sehari sehari adakah nampak kotorannya?Semestinya tidak.Begitulah perumpamaan solat,ianya peluang untuk kita mencuci dosa kita setelah melakukan dosa-dosa kecil yang kita tidak sedari.

 Namun ada yang solat,tapi masih lagi melakukan dosa,lalu wujud persoalan apa gunanya sembahyang kalau ianya tidak mampu menghalang kita berbuat mungkar.Jawapannya ada pada kita sendiri.Setakat mana kita mengambil berat akan wuduk kita.Adakah kita pasti ianya sah,adakah kita menghadirkan fikiran kita semasa solat,adakah kita ambil berat makanan yang masuk mulut kita.fikir2kan dan renungkanlah.Segala apa yang saya coretkan disini merupakan satu sindiran buat diri saya sendiri. saya sendiri bukan seorang yang sempurna.Tiada yang sempurna didunia ini melainkan Allah semata-mata.Oleh itu marilah kita tambahkan ketaatan kita kepada Allah dgn perbanyakkan amal soleh dan berusaha jauhi mungkar.wassalam...

Sunday, January 9, 2011

Mewajibkan ‘Forward’ Sms, Email dan Surat Berantai

Sudah terlalu kerap. Malah selayaknya dibuat satu amalan khas kepada budaya umat Islam untuk meng’forward’kan sms, email dan surat yang mempunyai elemen agama .

Gambar hiasan



“Sila sebarkan SMS ini. Kalau tidak kamu akan ditimpa bencana daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”



“Jika anda mahukan kejayaan yang akan dikurniakan Allah SWT maka jangan tunggu lama-lama untuk forward kan email ini kepada 20 orang. Sudah pasti akan datang ganjaran tanpa anda duga”



Ayat-ayat sedemikian telah membuatkan kita berasa ragu-ragu untuk tidak melakukan apa yang diugut oleh orang yang menghantar sms dan email itu kepada kita. Malah kita kononnya beranggapan mungkin rezeki yang dikurniakan Allah SWT sepatutnya dilaburkan kepada usaha penyebaran maklumat agama ini. Apatah lagi email yang tidak mengurangkan walau sesen pun duit poket kita.



Ada juga surat berantai yang kadang diterima kononnya dari pemegang anak kunci makam Rasulullah SAW. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Ahmad. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Omar. Namun setelah ditanya kepada penduduk Madinah berkenaan orang ini maka mereka secara terus menerus menyangkal dakwaan ini. Penduduk Madinah sendiri tidak pernah mengenali nama orang tersebut. Ini merupakan satu pembohongan. Perkara ini juga telah dinyatakan secara khusus di dalam bab akidah oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam kitab Fatawa Muasarah beliau.



Perkara yang dipertikaikan adalah bagaimana mereka boleh membuat satu jaminan kebahagiaan (pahala) dan jaminan ‘bala’ atau bencana jika tidak menyebarkan petikan tersebut. Secara ringkasnya disini, saya simpulkan mengapa ianya berbahaya kepada agama dan perlu dikikis dari budaya remaja kita yang bergelumang dengan teknologi. Walaupun mereka ini bersemangat dalam beragama, namun semangat sama sekali tidak di’halal Jakim’kan sekiranya ia melanggar disiplin keilmuan Islam.



1) Menafikan Kesempurnaan dalam Agama Islam



Didalam surat berantai, Sms dakwah, email islamik yang mempunyai dakwaan dan amaran yang bukan berasal dari al-Quran dan as-Sunnah. Ini menggambarkan seolah-olah agama Islam itu belum sempurna dan memerlukan kesempurnaan lain dengan amaran dan dakwaan daripada manusia lain selepas kewafatan Nabi SAW. Didalam surah al-Maidah : 3 : Bermaksud :



“ Pada hari ini telah Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu ke atas kamu, dan Aku telah redha Islam itu sebagai agama kami”.



2) Mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak datangnya daripada al-Quran dan Sunnah.



Ini seolah-olah kita mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak pernah disuruh di dalam agama. “Jika anda tidak menyebarkan maklumat ini maka anda akan mendapat musibah”. Siapakah kita dalam mewajibkan dan mengharamkan? Firman Allah dalam Surah an-Nahl : 116 , bermaksud :



“ Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta, “Ini halal dan ini haram”, untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.”



3) Adakah kita ‘sang pencipta’ syariat yang baru?



Sebahagian sms dan email yang menjadikan emailnya merupakan suatu ketentuan hukum. Malah boleh pula kita menetapkan bilangan tertentu untuk di’forward’. Sebagai contoh, “anda dikehendaki menyebarkan mesej ini kepada 20 orang yang anda kenali seminggu selepas anda mendapat maklumat ini”. Bukankah kita seolah-olah menjadikan diri kita ini seperti ‘sang pencipta’ syariat yang baru. Firman Allah SWT di dalam surah al-Syura : 21 yang bermaksud :



“Apakah mereka mempunyai sembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan (diredhai) oleh Allah?”



4) Tidak mengenal pasti siapakah penyebar maklumat



Islam mementingkan persoalan maklumat yang disampaikan. Ia tidak menerima secara semberono siapa sahaja yang bercakap tanpa alasan yang jelas. Namun setiap dakwaan itu memerlukan hujjah dan dalil. Tambahan pula ianya berkait rapat dengan agama. Sebab itu Ahli Sunnah menjadikan ( al-Tathabbut) atau membuat kepastian dalam sesuatu fakta adalah asas dalam pengambilan sesuatu maklumat, atau menghukum orang lain. Tujuannya agar agama tidak ditokok tambahkan. Firman Allah SWT didalam surah al-Hujurat : 6 yang bermaksud :



“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum ( dengan perkara yang tidak diingini ) dengans ebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”



Disebabkan itu Ulama tabi’in Muhammad Ibn Sirin (w110) berkata : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan al-Sunnah adalah din ( agama).Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu mengambil agama kamu”.



Sebenarnya budaya ini bukanlah budaya yang baik bagi seorang yang bergelar ‘orang teknologi’. Orang yang berteknologi sepatutnya adalah merupakan orang yang paling mengetahui selok-belok pembohongan dalam dunia internet. Namun sayangnya remaja yang bijak dengan dunia teknologi maklumat ini tumpas dan tewas apabila pembohongan itu datangnya dari email atau sms berbentuk agama. Kita takuti hasil sebaran kita kepada rakan yang lain menjebakkan diri kita ke atas pendustaan kepada Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.



Ingat!!!..bohong, tipu dan ‘awta’ member-member boleh dikira ok lagi. Namun berbeza bila kita berbohong atas nama Nabi SAW. Jelas dalam hadis mutawatir yang bermaksud :



“Sesungguhnya berdusta keatasku ( menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.



5) Asalkan berita agama sahaja kita sebarkan.



Nampak sahaja macam keratan agama kita sebarkan. Bukankah orang yang berkualiti adalah orang yang mempunyai ‘filter’ dalam setiap ceritanya. Kekadang semangat dan kesungguhan kita untuk berdakwah melalui medium teknologi sesuatu yang boleh dibanggakan. Dan inilah peluang kita berdakwah. Namun, harus diingat dakwah juga memerlukan disiplinnya. Imam Muslim dalam muqaddimah kitab Sahihnya menerangkan :



“ Cukuplah sesorang itu dikira berdusta dengan dia menceritakan setiap cerita yang ia dengari”.



Disebabkan itulah para ulama amat melarang menceritakan dan menyampaikan sesuatu maklumat tanpa menyelidikinya. Antaranya Imam Malik bin Anas menyebut :



“ Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengari, dan sesorang tidak menjadi Imam ( pimpinan) sama sekali apabila menceritakan setiap yang dia dengar.”



6) Menilai logika isi kandungan email dan sms



Kekadang kita mampu berfikir secara logik dan mampu mempertikaikan isu-isu agama yang bersifat ta’abbudi. Namun, dalam isu ini kita seolah-olah terpukau dengan penceritaan dan ganjaran beserta ancaman dari sms dan email yang sampai kepada kita. Kalau dilihat secara logik pun kita mampu untuk mengetahui ‘keajaiban’ dan ke’misteri’an cerita yang sampai kepada kita dari sudut logiknya.



Dalam ilmu hadis terdapat kaedah Naqd al-Mutun atau dipanggil mengkritik teks. Iaitu melihat sejauhmana kebenaran boleh dipercayai daripada sesuatu teks. Ini dengan cara membandingkan teks tersebut dengan al-Quran atau al-Sunnah dan sejarah yang boleh dipegang dengan akal yang waras. Imam Ibn Jauzi (w 597) berkata :



“Apabila engkau melihat sesbuah hadith menyanggahi logic, menyalahi manqul ( al-Quran ) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu”.



7) Orang lain sebar anda turut berdosa



Apabila kita melakukan sesuatu yang benar-benar sunnah. Lalu kita menyebarkannya, maka pahala yang diperolehi sama seperti orang yang mengamalkannya. Samalah juga apabila kita melakukan sesuatu perbuatan dosa akibat menyebarkan sms dan email palsu, lalu diikuti oleh orang lain, maka samalah dosa mereka dengan kita.



Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang melaksanakan suatu sunnah hasanah, maka baginya pahala dari perbuatan tersebut dan pahala orang-orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sesuatu pun dari pahala-pahala mereka. Dan sesiapa yang melaksanakan dalam Islam suatu sunnah yang tidak baik (sayyia’ah) maka diatasnya dosa perbuatan itu dan dosa orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sedikitpun. ( Hadis Sahih Muslim )



Kami buat ini atas maksud dakwah. Bukankah ianya sesuatu yang baik?



Para sahabat RA sentiasa berpegang dengan prinsip ‘Lau kaana khairan lasabaquuna’. Bermaksud ‘sekiranya ianya perbuatan baik, maka sudah pasti kami mendahuluinya’. Mereka golongan yang teramat pantas melakukan kebaikan. Kerja dakwah mereka dijual beli dengan harta dan nyawa. Namun, mereka sama sekali tidak melakukan perkara yang bukan dari al-Quran dan Sunnah walaupun ianya dianggap baik.



Buat remaja yang bersemangat dalam menggabungkan teknologi maklumat dan urusan dakwah. Marilah kita sama-sama merenung kata-kata Imam Ibn Jauzi dalam kitab beliau berjudul Talbis Iblis terhadap golongan yang suka dan seronok menyebarkan cerita-cerita yang jauh dari disiplin ilmu. Katanya :



“Orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu, sebaliknya berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang jahil. Maka timbullah bidaah dalam bidang ini….dalam kalangan mereka ada yang memalsukan hadis-hadis dalam at-targhib (menggalakkan ibadah) dan at-Tarhib ( menakutkan orang ramai kepada maksiat). “ Iblis menipu mereka dengan mengatakan “ Tujuan kami adalah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru, dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan”. Mereka lupa sabda Nabi SAW : Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.” ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, hlm 143, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.)



Penulisan ini bukanlah mengkritik sesiapa, sekiranya ia hanya menyuruh rakan-rakan lain men’forward’kan sms dan email dakwah atas tujuan kepentingan dakwah. Tetapi yang dikritik adalah apabila ia menyatakan ganjaran dan habuan serta amaran berlakunya musibah terhadap perbuatan ‘forward’ tersebut.



Ayuh bersama kita menjadi pendakwah dalam dunia teknologi berdasarkan ilmu. Kerana ilmu itu pagar bagi orang yang bersemangat. Saya juga memohon kemaafan dari Allah SWT sekiranya berlaku keterlanjuran dalam menyebarkan dakwah agama ini.



*Ana hanya menyebarkan perkara2 yang difikirkan benar dan tepat sumbernya mulai ini,bagaiman anda...kredit to ustaz ashraf imam muda

Saturday, January 8, 2011

Dakwah:Keluar Menyampaikan Kebenaran...

  Alhamdulillah sudah dua minggu aku berada di UiTM Shah Alam.Setakat ini semuanya masih berjalan lancar walaupun sekali-sekala kesunyian memerangkap aku di sini.Bagi menghilangkan kesunyian itu aku sedaya upaya mem"busy'kan diriku dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan diperingkat kolej kediaman ku dan universitiku.

 Permulaan mingguku selepas minggu orientasi agak lengang.Ianya menyebabkan perasaan sunyi itu timbul kerana telah terbiasa dengan satu minggu yang padat.bagi mengurangkan kesunyian itu aku mulai merapatkan diri ke surau kolej kediamanku.Disitu pelbagai aktiviti aku sertai dan alhamdulillah aku diberi tanggungjawab mengelola sebuah program akan datang.Disurau itu aku bertemu dengan sebuah kumpulan pelajar yang mengabdikan diri mereka kepada allah.terasa kecil diri ini apabila dibandingkan dengan mereka.Aku ikuti kelas taklim yang mereka anjurkan.Aku juga turut didekati mereka.Mereka mengajak aku menyertai aktiviti dakwah mereka.Terus terang aku katakan aku tidak mempunyai "spirit" atau "ambition" seperti mereka.Apa yang mampu aku buat adalah berdakwah di alam maya ini.

Antara isi ilmiah yang aku perolehi dapat aku kongsikan disini ialah dosa yang paling besar ialah "syirik".Contohnya anda makan ubat dengan yakin ubat itu mampu menyembuhkan anda dan bukan allah yang menyembuhkan anda.Ubat itu cuma penyebab sedangkan yang menyembuhkan itu adalah allah swt...pelihara tutur kata kita agar allah menjadi keutamaan dihati kita..Moga beroleh manfaat selalu...Insyallah...Aku hanyalah insan biasa yang tidak lekang dari melakukan salah dan silap,oleh itu ku pohon kemafaan atas segala-segalanya...