Our sponsor...

Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Produk MinSyam



                   




Kapsul Minyak habbatus Sauda Syria



Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA. Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .

Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.

Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.


BUKTI KEHEBATANNYA


Khasiat Habbatussauda bukan cakap cakap kosong.Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat.

Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.


Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit. Mereka juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumordan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.Pakar perubatan dan saintis menamakannya The Black Seed, Black Cumin, Black Caraway ,Nigella Sativa.

Hakikatnya itulah HABBATUSSAUDA.

Ada yang menggelarnya The Back Seed .Itu Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu , bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas bahan yang sama itu HABBATUSAUDDA.

Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu HABBATUSAUDDA ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan Greek dengan berkesan .

Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedokteran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.

Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd sallallah alaihi wassalam : Sesungguhnya Habatussaudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati.

UBAT PELBAGAI PENYAKIT

Apa wujud kah bahan yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Jawapannya mudah. Memang ada. Habbatussauda namanya.

Apa yang mampu dibuat Habbatussauda? Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi penyakit.

Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.

Dengan meningkat fungsi system kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam penyembuhan KANSER dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni.

Habbatussauda bertindak juga sebagai anti biotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul.

Mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit ASMA.

Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis.

Di samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.

BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?

Dengan komponen komponennya, Habbatussauda bertindak ;

+ Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal)

+ Menenangkan tuibuh supaya beristirahat

+ Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh

+ Memperlambat prose penuan.

Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.



Promosi perkahwinan


Pakej yang ada dalam Set Pekahwinan:
GB103 -Edisi Pertama - Aku terima Nikahnya
Sinopsis : Buku ini menghimpunkan coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan
TBBK1097 - Indahnya Hidup Bersyariat
Sinopsis : Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
TBBK1175 - Wanita,Isteri dan rahsia seksual
Sinopsis : Maklumat tentang kesihatan seksual dan reproduktif wanita tidak banyak didedahkan kerana dianggap isu sensitif, tapi ia perlu dibincang dan diperbicarakan secara telus dan terbuka
Wanita mencapai akil baligh lebih awal berbanding lelaki dan biasanya mula mengenali seksualiti melalui rakan rapat. Mereka hanya akan mendapat pendedahan yang terkawal tentang ilmu seks jika melalui pendidikan agama yang teratur. Ketika itu mereka perlu menjaga tingkah laku dan berkelakuan tertib mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh agama. Jika mereka tidak mengikut tatacara yang diaturkan kepada mereka, maka tidak mustahil mereka akan berkelakuan liar dan sukar dikawal.
TBBK1169 - Diari Hamil
Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
  • Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
  • Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
  • Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
  • Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
  • Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.

Koleksi buku masakan..

Set buku masakan yang dipilih berdasarkan keberkesanan dalam penyediaan makanan dalam waktu yang singkat yang ditulis oleh chef-chef terkemuka tanah air.Dapatkan juga informasi terkini mengenai koleksi buku di www.stormreaders.com
Pakej yang ada Set Masakan
TBBK1095 - Dunia masakan Chef Sabri
Sinopsis : Sebuah buku yang menghimpunkan menu-menu istimewa dari seluruh dunia, dibawakan oleh seorang chef yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia sebagai 'Chef Negara.' Selain daripada menu-menu tersebut, turut diselitkan ialah kaedah membuat ukiran ais, perkara asas di dapur serta pelbagai tip untuk menjadi chef di peringkat professional. Chef Sabri juga merupakan pengacara 'Di Dapur' terbitan radio Ikim.







TBBK1054 - Resipi 30 Minit Chef Kamarul
Sinopsis : Resipi yang disediakan di dalam buku ini merangkumi semua aspek menu seperti sarapan pagi, snek, makan tengahari, minum petang, makan malam, pemanis mulut, minuman dan banyak lagi.
Di samping resipi, buku ini juga dilengkapi pelbagai tips, nasihat pemakanan dan doa-doa yang dapat diamalkan sambil anda menyediakan hidangan istimewa buat yang tersayang.

Keistimewaan buku:
  • Menyediakan 50 resipi makanan dan minuman
  • Padat dengan pelbagai bahan asas dan perasa dalam masakan
  • Lebih 130 muka surat penuh berwarna dihiasi contoh-contoh hidangan yang menyelerakan
PTSB1042 - Resepi sihat dan mudah makan tengahari & malam
Sinopsis : 45 Resipi Suhat & Mudah - Makan Tengah Hari & Malam ini sangat unik dan berkhasiat kerana setiap resipi yang dipersembahkan mengandungi kiraan kalori dan kandungan nutrisi yang boleh membantu anda merancang permakanan yang sihat. Paling penting ia sesuai bagi pesakit 'gaya hidup masa kini'. Buku ini juga memberi panduan kepada anda bagaimana menyediakan bahan dan masa memamsak tidak sampai 30 minit. Berasaskan bahan sedia ada di dapur diadun menjadi resipi yang berkhasiat. Sekiranya anda mahukan resipi yang 'berbaloi-baloi' bagi kesihatan diri, miliki buku istimewa ini!


PTSB1064 Senangnya memasak Kuih muih minum petang


























Dapatkannya segera di http://www.stormreaders.net/haniffuosman