I'm only the servants of god,always making mistakes.So forgive me if what i wrote offended you...
Our sponsor...
Friday, July 29, 2011
Salamun alaik....
Tuesday, June 14, 2011
Produk MinSyam

Kapsul Minyak habbatus Sauda Syria
Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA. Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .
Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.
Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.
BUKTI KEHEBATANNYA
Khasiat Habbatussauda bukan cakap cakap kosong.Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat.
Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.
Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.
Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit. Mereka juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumordan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.Pakar perubatan dan saintis menamakannya The Black Seed, Black Cumin, Black Caraway ,Nigella Sativa.
Hakikatnya itulah HABBATUSSAUDA.
Ada yang menggelarnya The Back Seed .Itu Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu , bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas bahan yang sama itu HABBATUSAUDDA.
Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu HABBATUSAUDDA ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan Greek dengan berkesan .
Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedokteran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.
Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd sallallah alaihi wassalam : Sesungguhnya Habatussaudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati.
UBAT PELBAGAI PENYAKIT
Apa wujud kah bahan yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Jawapannya mudah. Memang ada. Habbatussauda namanya.
Apa yang mampu dibuat Habbatussauda? Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi penyakit.
Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.
Dengan meningkat fungsi system kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam penyembuhan KANSER dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni.
Habbatussauda bertindak juga sebagai anti biotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul.
Mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit ASMA.
Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis.
Di samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.
BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?
Dengan komponen komponennya, Habbatussauda bertindak ;
+ Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal)
+ Menenangkan tuibuh supaya beristirahat
+ Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh
+ Memperlambat prose penuan.
Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin
Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.
Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.
Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.
Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.
Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.
Promosi perkahwinan
Pakej yang ada dalam Set Pekahwinan:
GB103 -Edisi Pertama - Aku terima Nikahnya
- Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
- Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
- Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
- Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
- Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
Koleksi buku masakan..
Pakej yang ada Set Masakan
TBBK1095 - Dunia masakan Chef Sabri
Di samping resipi, buku ini juga dilengkapi pelbagai tips, nasihat pemakanan dan doa-doa yang dapat diamalkan sambil anda menyediakan hidangan istimewa buat yang tersayang.
Keistimewaan buku:
- Menyediakan 50 resipi makanan dan minuman
- Padat dengan pelbagai bahan asas dan perasa dalam masakan
- Lebih 130 muka surat penuh berwarna dihiasi contoh-contoh hidangan yang menyelerakan
PTSB1064 Senangnya memasak Kuih muih minum petang
Dapatkannya segera di http://www.stormreaders.net/haniffuosman
Islam....
kerana kita gagal mendakwah cina ke dalam islam setelah sekian lama....kita terlalu mementingkan soal bangsa dari agama.....
kita trlalu mengugut, mengungkit soal bangsa hingga mereka merasa tersisih takut dan tidak mampu mnerima islam....
kdag2 kita sendiri menakut2 kan mereka dengan islam.....
dan kita juga menegah bila mereka cuba mengambil islam sbgai contoh......
kita sring mngunakan prkatan islam dan jihad keatas mereka untuk kpentigan politik
pdahal bgsa kita pun tibai bnda haram.....
kita slalu slahkan mreka dgan kkyaannya dari titik peluhnya dlam masa yg sama kita malas dan lgsung tkmau brusaha.....
dan Syeikh tu kata lagi: andai kata kita mampu mndkwah, bersatu dan mngembalikan kyakinan mereka trhadapp kita dan islam malaysia akan mnjadi negara islam terhebat didunia kerana bangsa mereka adalah bangsa yg rajin dan banyak memberi manafaat......
Friday, June 3, 2011
Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula
Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat. Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.
Bermula dari novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.
Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna , kisah Dracula dikupas secara tuntas. Dalam buku ini dipaparkan bahawa Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.
Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristien, dimana peperangan ini semakin sengit.
Kedua – dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik Eropah mahupun Asia . Puncak peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam. Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.
Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.
Hyphatia mengatakan dalam bukunya :
“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut seolah robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu. Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”
Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:
“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis kerana mereka kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”
Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab. Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.
Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya. Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkaraini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.
Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania , Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.
Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula. Mereka berusaha agar sejarah jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.
Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyak masyarakat, khususna umat Islam sendiri yang mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula. Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib.
Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.
Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam. Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini .
Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuan hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang palinghebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.
Sumber: Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/kisah-sebenar-disebalik-lagenda-dracula/#ixzz1OAoiehPe Sumber: Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/kisah-sebenar-disebalik-lagenda-dracula/#ixzz1OAoXCASpFriday, May 27, 2011
Ya AllAh,LUPA!
LUPE!!!!
Seorang anak hilang...
kemudian di temui semula...
dalam keadaan kusut masai...
ditanya...
siapa ibu kamu?
geleng kepala...
siapa ayah kamu?
geleng kepala...
ternyata...dia lupa...
siapa ayah, siapa ibunya...
di bawa ke hospital,
wartawan dipanggil,
buat iklan dalam newspaper,
tentang seorg anak...
buh gambor lagi...
tak lama kemudian,
ibu ayah pun sampai...
wah! peluk anaknya!!!
akhirnya ketemu juga kita nak...
tapi anaknya?
muka selamba derkkk!!!
tak kenal dia,
siapa org2 ni yg mengusap2 kepala dia...
yg memeluk dia...
ini kan ibu?
geleng2....
ini kan ayah?
geleng2...
wah! berat ni!!!
tak ingat langsung dia...
nangislah ibu,
pujuklah dek ayah...
huhuhu...anak ku x normal...
otaknya dah lupa...
doktor kata,
kena rawat lagi di hospital,
kalau serius,
kena masuk hospital sakit jiwa,
atau sakit otak!
meraunglah ibunya...
sayu yg lain mendengarnya...
ya begitulah adatnya dunia...
org yg tak kenal ibu ayah di anggap tidak normal...
sakit otak namanya...
bagaimana kita pulak?
adakah kita kenal Tuhan Pencipta kita?
adakah kita usaha utk mengenal Pencipta kita?
adakah normal jika kita tak kenal Tuhan kita?
adakah tak normal kalau kita sentiasa bercakap kebesaran Tuhan kita?
adakah tak normal jika kita sentiasa berada di rumah Tuhan kita(masjid)...
adakah tak normal bila kita ajak org mengunjungi rumah Tuhan kita?
adakah tak normal bila kita dakwah pintu ke pintu ajak org kembali kpd Tuhan kita?
adakah tak normal bila kita berkumpul membaca firman2 Tuhan kita,
kita mendalami ilmu yg mengajar siapa Tuhan kita???
adakah normal bila kita mengagungkan manusia yg kita kata hebat,
tapi engkar kpd Tuhan,
tak kenal siapa Tuhannya...
wpun ilmu dunianya tinggi...
adakah tak normal bila kita ikram org Islam yg tinggal di kampung2,
tak belajar tinggi2,
tapi kenal siapa Tuhan nya yg Maha Agung...
sentiasa mengabdikan diri kpd Tuhannya?
adakah salah bila kita ajak org yg kenal Tuhannya,
supaya tambah dekat kpd Tuhannya?
adakah...
adakah...
adakah...
geleng2...angguk2...
fikir2 lah sendiri...
tapi hukum dunia ini,
bila ramai yg tak normal,
maka ia jadi normal...
jadi ikutan....
yg normal sorang dua,
di kata ising...gila...
sebenarnya dunia ini hanya main2 dan senda gurau...
org yg mencari dunia,
akhirnya akan meninggalkan dunia ini...
sebiji batu pun tak dpt bawa ke dalam kuburnya...
sehelai rumput pun tak dapat di bawa ke akhiratnya...
walau ia millionaire, billionaire....
sekian wassalam...




