Our sponsor...

Tuesday, July 20, 2010

Pasrah....

 Bismillahhirahmannirrahim.....

   Pastinya hidup ini tidak putus dengan cubaan dan dugaan.Adakalanya ia datang bertimpa-timpa.Terdetik hati kecil kita tatkala melihatkan kesenangan orang lain lantas membuatkan kita tertanya-tanya bila kita akan veroleh kesenangan seperti mereka.Begitu juga pabila melihatkan rakan kita yang berlainan agama bertubi-tubi kemewahan yang diperoleh.Ia membuatkan kita berfikir sejenak."mengapa mereka yang tidak beriman kepada allah,tidak pernah menyembah allah dengan mudah beroleh kesenangan dan kemewahan,sedanglan kita yang siang malam berteleku di sejadah belum tentu juga nasib diri kita".Pastinya itu yang bermain-main di fikiran.


  "Umpama air di lautan,umpama pasir di tepian pantai''begitu jugalah rahmat allah terhadap makhluknya.Oleh itu janganlah kita berputus harap.Adakalanya kita mahu berfikiran positif dgn berkata "setiap kejadian itu ada hikmahnya,barangkali kali ini aku xdapat,mungkin lain kali rezeki aku pula".Namun setelah ianya berlalu,ianya berlalu tanpa meninggalkan kesan.Terdetik lagi,agaknye ada yang kurang dan perlu ditambah.Setelah analisa diri dibuat,yang kurang ditambah,yang keji diperelokkan,kita berkata lagi,insyallah pasti berjaya.Namun sekali lagi nasib x menyebelahi kita.Ianya membuatkan kita rasa putus asa.

   Namun,tidak mungkin kita gagal selama-lamanya.Ianya adalah satu bentuk ujian bagi memperkuatkan iman kita terhadapnya.Barangkali kerna kasihkan kita ,diujinya kita bertubi-tubi.Umpama kasihnya allah kepada Muhammad,diberinya ujian yang pelbagai.Dari saat kelahirannya hinggalah detik-detik kematiannya.Diri kita mungkin tidak setabah baginda,namun ketahuilah Allah itu amat mengasihi hambanya.Moga kita semua tabahkan hati dalam menerima dugaan dan cabaran.Moga dibalas Allah atas kesabaran dan ketabahan diri kita dalam mengharungi pahit getir kehidupan ini,insyallah...

No comments:

Post a Comment