Our sponsor...

Friday, April 13, 2012

Ustaz Don Danial Don Biyajid


Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)

Petua Islam Untuk Awet Muda




-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

-Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

-Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

-Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

-Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

-Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

-Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

-Amalkan solat tahajud.

-Sentiasa tenang dan bersikap positif.

-Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

-Maafkan semua orang sebelum tidur.



Nak wajah awet muda mcm ustaz berdua nih,amalkanlah petua di atas...

Sunday, April 8, 2012

Kisah peljar dapat bantuan dalam peperiksaan...

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru....Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Saturday, January 14, 2012

Memori ketika kecil...

Assalamualaikum....
Bismillahirahmanirrahim...
 Bulan Januari bulan yg sibuk bagi ibubapa terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil yg baru bersekolah.Urusan pendaftaran persekolahan,pakaian dan berbagai lagi hendak disediakan mereka terutama bagi anak yang pertama kali ke sekolah.Mereka pastinya akan menyediakan yang terbaik bagi anak mereka.
Melihatkan mereka membuatkan aku terkenang zaman kanak-kanakku...

 Cerita ini di zaman tadika,aku mempunyai seorang teman rapat.Aku panggilnya okoi.Entah bagaimana aku boleh memanggilnya dengan nama tersebut,barangkali terbiasa dengan panggilan ahli keluarganya yg lain.Aku selalu pergi ke sekolah bersama-sama berjalan kaki melalui paya untuk kesekolah(jln pintas kesekolahku).Tatkala pulang pun aku sering bersama-sama dia.Kadang-kadang jika bapanya ada aku akan menupangnya menaiki van bapanya pulang ke rumah.Jarang-jarang aku pulang pula dengan membonceng motosikal guruku..hehehe

 Satu hari,selepas tamat sekolah abangnya datang menjemput kami menaiki motosikal.kami tidak terus pulang sebaliknya pergi ke rumah kakaknya di kg sebelahmenjamu hidangan makan tengah hari.Aku agak seronok kerana aku jarang-jarang berpeluang bersiar-siar sebegini.Abang-abangku telah berasrama penuh yg tinggal dirumah ialah kakakku.Jadi peluang sebegini mmg jarang,tambahan pula perintah tahanan rumah yg selalu ibuku beri..huhu.Selepas selesai makan tengahhari kami pulang kerumah  kawanku itu.Sesampainya disitu aku lihat kakakku sedang mencari aku.pastinya ibu yg menyuruh mencari aku.Manakan tidak,kakakku yang bersekolah rendah sudah pulang apatah lagi aku sepatutnya.hehehe
 
Berkisar ttg rakanku ini juga,satu hari dia telah menyorokkan kasutku.Penat aku mencari rupa-rupanya dia yg sorokkan.Dia kemudiannya memberi aku kasut yg disorokkannya itu.Aku naik angin lalu memukulnya dengan kasut.Petangnya aku pergi bermain basikal dirumahnya.Kebetulan bapanya ada dirumah,bapanya bertanyakan ku mengapa aku pukul anaknya.Dengar sahaja bapanya bertanya aku terus balik kerumah..hehehe

 Pengalaman ketika kecil bila dikenang kembali adakalanya lucu adakalanya sedih.Pengalaman sedihku antaranya pabila terpaksa berpindah sekolah.Keluargaku telah terlibat dalam kecelakaan jalan raya ketika hari raya.Ibu patah sebelah tangan manakala keluargaku yg lain tidak apa-apa.Akibatnya aku terpaksa tinggal dirumah kakakku di gombak.Disitu aku disekolahkan di sekolah berhampiran(sekolah rendah ibnu kathir).Disitu aku berjumpa rakan-rakan baru dan peroleh ilmu baru.Ilmu baru ku peroleh itu ialah memusing tombol pintu yg berkunci menggunakan getah paip.Bukan mencuri,tetapi kami datang awal dan pintu berkunci,satu caranya ialah dengan berbuat demikian.
 Aku seronok berkawan dengan mereka.walaupun baru beberapa hari berkenalan aku sudah akrab dengan mereka.Antara kenangan disitu ialah apabila kami perlu carter kereta cikgu utk pergi ke masjid bagi bersembahyang jumaat.hahaha.saat kwn yg lain berasak didalam van,aku dan rakan yg lain menaiki kereta beraircond.Tiga bulan aku disana pabila ibuku menyuruh aku pulang ke kampung.Aku rasa ralat hendak berpisah dengan rakan-rakan baruku.Namun apakan daya,takdir penentu segala.Aku turutkan perintah ibuku lalu pulang ke kg.Disitu aku bersekolah semula disekolah lamaku dan bertemu kembali rakan-rakan lamaku.

Sahabat,moga kita bertemu semula dilain masa dan ketika.Kesilapanku tidak mengambil alamat mereka,jadi tidaklah aku terputus hubungan dengan mereka..Walau adanya fb,namun hendak mencari mereka bukannya mudah.Insyaallah moga bertemu lagi

Sunday, December 11, 2011

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah...
Bersyukur kehadrat ilahi,diizinkan tuhan aku mampu menghirup udara segar yg di bekalkannya setiap hari.Bersyukur juga ku kehadrat ilahi,diberi ruang dan peluang untuk terus menulis mengajak ke arah kebaikan.Setelah beberapa ku tidak mengupdate blog atas kesempitan waktu,akhirnya ku mampu untuk berceloteh sepatah dua..

Alhamdulillah,
Pengajian semeseter ke2 sudah hampir ke kemuncaknya.bialangan kelas yg masih berbaki hanya menunngu waktu untukl mengundur diri memberi laluan kepada peperiksaan yang bakal menjelang.Aku bukanlah pelajar dl sem lepas,bukan pelajar cemerlang upsr,pmr,spm dan stpm sebaliknya hanyalah insan biasa yg diberi peluang utk belajar oleh yg maha esa.Aku juga bukanlah seorang alim,abid,mahupun soleh ataupun muslih cuma insan yg masih cuba memperbaiki diri bagi persiapan mengadap yg maha esa...

Allahuakbar,
Maha suci allah yang telah melimpahkan rahmat keatas umatnya yg mana jika mahu dititipkan diatas kertas tujuh lautan pun tidak akan cukup untuk dicoretkan akan betapa banyak nimat allah itu.Salah satu cara untuk menyatakan kesyukurannya ialah dengan melakukan apa yang disuruhnya,menjauhi apa tegahannya.Nescaya kita beroleh keredhaan allah.

Laila haillallah muhammad rasullullah,
Tiada tuhan yang layak disembah melainkan allah dan muhammad itu kekasihnya....

Subhallah...
Hembusan sang angin di taman yg serba menghijau,titisan embun menghiasi pagi,teriakan sang unggas memecah kesunyian pagi.Maha suci allah betapa indahnya alam ciptann mu ini.Namun mereka yang bergelar khalifah yang bertanggungjawab memelihara alam ini,bertindak rakus memusnah ciptaan mu.Masyaallah..

Ya Rabb,
sesungguhnya ku mengetahui akan kewujudanmu,
sesunguhnya ku mengetahu akan kehebatanmu,
sesungguhnya ku juga mengetahui akan syurgamu,
ku juga tahu pedihnya neraka mu,
Namun,ku masih alpa mengejar dunia..
Dikendong berciciran,dikejar xdpt..
Moga kau ampunkan dosaku ya rabb,
kau dampingilahku,
agar ku tidak sesat.
amin ya rabb...




Saturday, September 24, 2011

Apa kono eh jang....(part 1)

Bismillahhirahmannirrahim....
 Alhamdulillah sudah 2minggu aku berada di UiTM Shah Alam bagi menyambung pengajian di semester ke2.2minggu yang agak sibuk bagiku kerana terpaksa berkejar kesana kemari menguruskan hal ehwal pengajianku.Dalam masa 2 minggu ini juga beberapa perkara berlaku yang memberi sedikit sebanyak impak dalam hidupku.

 Minggu pertama di Uitm aku telah menghadiri satu program bersama salah sebuah jabatan kpkk(kementerian rais yatim).Program bual mesra bersama pelajar uitm shah alam bertujuan mendapatkan pandangan mahasiswa mengenai dasar-dasar kerajan dari segi pendidikan,keselamatan,dan pelbagai aspek lain.Kami telah dibahagikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mempunyai seorang pegawai kpkk sebagai pencatat.Disana kami telah melontarkan pelbagai ketidakpuasan hati kami.Antara yang menarik perhatian ialah Isu SPAD(suruhanjaya pengangkutan awam darat).Dimana hampir kesemua yang hadir (pelajar)tidak mengatahui akan wujudnya SPAD ini.Ternyata SPAD yg diketuai oleh Tan Sri Hamid Albar perlu lebih promosi akan kewujudannya dan peranannya dalam pembangunan sistem pengangkutan awam darat dikalangan mahasiswa di sekitar lembah klang(antara pengguna utama pengangkutan awam di lembah klang ialah golongan pelajar) sebagai badan yang dipertanggung jawabkan pembinaan MRT di Malaysia.

                                  gambar kenangan bersama  kpkk di pj.
 Di penghujung minggu pula,aku telah bertandang ke I-City Shah Alam bagi menghadiri Majlis rumah terbuka BN Selangor di sana.Kebetulan pula Y.A.B PM turut turun ke majlis tersebut,so dapatlah bersalaman dengan beliau(xdapat bergambar,dapat salam pun jadiklah).Pelbagai jenis juadah dihidangkan kepada tetamu antaranya Sate(kewajipan rumah terbuka) kuah kacang putih,ketupat,rendang,lontong,laksa dan berbagai lagi.Walaubagaimanapun tujuan utama aku kesana bukan utk makan sahaja tetapi bersiar-siar di sekitar I-City(Kota Cahaya LED) kerana dihari2 lain masuk sahaja sudah dikenakan caj apatah lagi ingin mencuba permainan atau masuk ke kota salji tiruan(tarikan terbaru I-City).Namun aku hanya bersiar2 ditamannya sahaja.Oleh kerana keseorangan keseronokannya pun kurang jugaklah.Tapi aku tetap bersyukur dapat ke sana setelah mendengar dan melihatnya dari jauh pada semester lepas.Pada awal semester ini aku telah diberi kesempatan utk berkunjung kesana yang entah bila lagi aku dapat kesana(almaklumlah xde kenderaan sendiri).


Mualaf(Suatu pengorbanan)...

 Kisah Mualaf 1

 Seorang hamba allah terpandangkan seorang mualaf yg sedang tekun solat.Sesudah mualaf itu habis solat,hamba allah itu mendekati mualaf tersebut.Beliau bertanyakan apa yang menyebabkan beliau tekun dalam menunaikan solat,mualaf itu memberitahu,ketika solat pelbagai perkara mampu diingatinya.(Mualaf; ilmu mengenai islam masih lagi kurang.)

 Kisah Mualaf 2

Seorang pendakwah bebas bercerita mengenai kesengsaraan semasa awal memeluk islam.Beliau yang berasal dari bangsa India beliau diugut bunuh kerana meninggalkan agama nenek moyang mereka(umpama ancaman musyrikin Mekah terhadap pengikut Nabi Muhammad(S.A.W) ).Ada antara mereka yang tidak tahan dengan ancaman tersebut kembali semula ke agama asal mereka.Mereka yang baru memeluk islam ini juga mepunyai masalah kewangan lantaran harta mereka disekat oleh keluarga mereka,dipulaukan oleh keluarga,dan berbagai lagi kesulitan.Ini menyebabkan mereka kembali ke agama asal mereka.Tidak mendapat pembelaan daripada pihak berkuasa agama islam telah sedikit sebanyak membuatkan mereka berasa tidak dipedulikan oleh komuniti islam.(Mualaf merupakan antara golongan yang dibolehkan menerima zakat)

Kisah Mualaf 3

Kisah berlaku di zaman para sahabat(Saidina Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali).Ketika Khalid al-Walid memimpin tentera islam menentang tentera Rom,beliau telah dicabar berlawan satu sama satu dengan  panglima tentera rom.Semasa pertarungan itu berlaku,panglima tentera itu telah bertanyakan mengenai Muhammad dan ajarannya.
Kepada Khalid, George bertanya: 
“Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”

“Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,” kata Khalid.

“Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”

“Tidak!” Jawab Khalid.

“Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?” Tanya George.

Khalid menjawab: “Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. 
Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku “Saifullah” (pedang Allah).”

“Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?” Tanya George.

“Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar.” Jawab Khalid.

George bertanya: 
“Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?”

Jawab Khalid: 
“Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”

“Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?” Tanya George.

“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid bin Walid.

George bertanya: 
“Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”

Khalid menjawab: 
“Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya, 
baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahupun yang kemudian masuk Islam.”

“Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?” Tanya George.

Khalid menjawab: 
“Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda.

Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. 
Oleh kerana itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu.”

George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”

“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.

George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu, 
mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.”

Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam khemahnya, 
kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.



Sesudah memeluk islam,beliau telah bertarung bersama tentera islam dan telah syahid dalam peperangan tersebut.Alangkah bertuahnya beliau diberi hidayah memeluk islam dan telah ipilih allah untuk syahid di medan perang.Suatu yang didambakan oleh Panglima Khalid Al-Walid.