Pagi hari makan nasi.
Nasi dimakan bersama kari.
Nasi Ambang juadah tradisi,
Moga diwarisi bergenerasi..
Terpandangkan juadah ini cukup utk membuatkan seseorang terliur.Juadah tradisi yang terkenal dikalangan masyarakat jawa Malaysia suatu yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Apa yang ingin saya kongsikan bukanlah cara pembuatannya,sebaliknya rahsia tersirat disebalik Nasi Ambang ini.
Tugas membuat Nasi Ambang ini bukanlah suatu yang boleh dilakukan oleh seorang sahaja,sebaliknya ia merupakan satu kerja berpasukan kerana bagi menyediakan juadah yang sarat dengan lauk-pauk ini.Antara lauk-pauk yang diletakkan bersama ialah antaranya Sambal goreng,Mee Goreng,Serunding,dan lauk samada ayam goreng atau ikan masin.Justeru itu,ia dibuat secara beramai-ramai.Muafakat untuk membuat Nasi Ambang inilah sebenarnya yang membuatkan ianya lazat dimakan.
Nasi Ambang ini kebiasaannya dibuat semasa kenduri-kendara.Ianya akan diletakkan diatas dulang dilapik dgn surat khabar dan daun pisang.Sesudah selesai bacaan tahlil dan seumpamanya,juadah ini kan dibahagikan sesama tetamu yang hadir.tetamu yang hadir akan membungkusnya dan dibawa pulang untuk dimakan bersama keluarga.Menjadikan ia lebih unik dan enak.
Nasi Ambang ini merupakan satu simbol perpaduan masyarakat.Dari kaedah pembuatannya secara beramai-ramai,pengagihannya secara saksama dan dibawa pulang untuk dimakan bersama keluarga.Selain itu,perpaduan masyarakat juga dapat dilihat dari kehadiran ke rumah tuan rumah.Sesungguhnya Nasi Ambang in bukan sekadar satu juadah,malah ianya boleh dijadikan suatu simbol perpaduan masyarakat.Malangnya,sekarang ini Nasi Ambang ini hanya boleh didapati dikawasan kampung sahaja.Generasi muda sekarang lebih mengenali McDonald's.K.F.C,dan lain-lain berbanding Nasi Ambang.Tepuk Dada Tanya selera...Sekian..wassalam...
No comments:
Post a Comment