Bismillahirrahmannirrahim...
Ada seorang sahabat bertanyakan kepada Rasulullah kepada siapakah kita harus berbuat baik.Rasulullah berkata ibumu,sahabat bertanyakan lagi selepas itu siapa ya rasulullah.Rasulullah menjawab ibumu.Buat kali ketiga Rasulullah ditanyakan soalan yg sama,baginda tetap menyebut ibumu.Ini menunjukkan betapa perlunya kita menghargai jasa seorang ibu...
Seorang ibu tidak mengharapkan wang dikirim setiap bulan,tetapi cukuplah telefon bertanya khabar.Kecanggihan zaman sekarang tidak membuatkan seorang anak bertambah rapat dgn ibunya,malahan membuatkan dia semakin jauh kerna terlalu sibuk dgn urusan dunia.Apa gunanya telefon 3g,video conference dan sebagainya jika anda masih tidak mampu menghubungi ibu anda.seorang ibu mungkin tidak menceritakan secara sepenuhnya akan kepiluan dihati tatkala melihatkan anak-cucu jiran riuh bergelak tawa.Sempena Ramadan Al-Mubarak ini,ambillah peluang berziarah kerumah oarang tua anda.Luangkan sedikit masa anda untuk menceriakan dia.Kerna satu hari nanti anda akan merasai apa yang dirasai oleh ibu anda sekarang...Wallahualam..
No comments:
Post a Comment