Our sponsor...

Tuesday, June 14, 2011

Promosi perkahwinan


Pakej yang ada dalam Set Pekahwinan:
GB103 -Edisi Pertama - Aku terima Nikahnya
Sinopsis : Buku ini menghimpunkan coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan
TBBK1097 - Indahnya Hidup Bersyariat
Sinopsis : Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
TBBK1175 - Wanita,Isteri dan rahsia seksual
Sinopsis : Maklumat tentang kesihatan seksual dan reproduktif wanita tidak banyak didedahkan kerana dianggap isu sensitif, tapi ia perlu dibincang dan diperbicarakan secara telus dan terbuka
Wanita mencapai akil baligh lebih awal berbanding lelaki dan biasanya mula mengenali seksualiti melalui rakan rapat. Mereka hanya akan mendapat pendedahan yang terkawal tentang ilmu seks jika melalui pendidikan agama yang teratur. Ketika itu mereka perlu menjaga tingkah laku dan berkelakuan tertib mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh agama. Jika mereka tidak mengikut tatacara yang diaturkan kepada mereka, maka tidak mustahil mereka akan berkelakuan liar dan sukar dikawal.
TBBK1169 - Diari Hamil
Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
  • Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
  • Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
  • Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
  • Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
  • Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.

No comments:

Post a Comment