Salam pembuka bicara.Gambar diatas mungkin jenaka sinis tetapi padat dengan mesej yang berguna. Isu gejala seks bebas yang memenuhi dada-dada akhbar hari ini telah mendapat perhatian masyarakat. Lantas mencadangkan agar matapelajaran seks diperkenalkan disekolah. Walaupun matapelajaran seks tidak diterapkan sebagai satu matapeljaran khusus disekolah,tetapi ianya telah diserapkan dalam beberapa matapelajaran lainnya seperti agama islam,pendidikan kesihatan(PJK) dan moral.
Isu ini juga telah mendapat perhatian ahli senat lantas mencadangkan agar bapa kepada bayi yang dibuang itu dikasi kemaluannya seperti diperlakukan kepada binatang.Mengapa harus dicadangkan hukuman sedemikian.kenapa tidak kita kembalu kepada hukum islam ,Hudud.Hukum islam telah menjelaskan hukuman terhadap pesalah zina.teringat say akan satu kisah dizaman Rasullullah dimana seorang lelaki telah bertemu Rasullullah(S.A.W) bagi menyatakan hasratnya untuk berzina.Lantas Rasullullah bertanyakan beberapa soalan kepadanya pertamanya adakah beliau akan membenarkan seorang lelaki berzina bersama ibunya.Dia menjawab tidak.Keduanya adakah beliau akan membenarkan seorang lelaki berzina bersama saudara perempuannya,jawabnya tidak.Ketiga Rasulullah bertanya adakah beliau akan membenarkan anak perempuannya berzina dengan seorang lelaki.Beliau menangis seolah-olah mengerti akan maksud pertanyaan-pertanyaan itu.Akhirnya beliau memadamkan hasratnya untuk berzina.
Sahabatku sekalian,sesungguhnya gejal buang bayi ini berpunca masalah perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan.Sebab itulah rasulullah menganjurrkan seseorang yang telah cukup kelayakan untuk berkahwin maka kahwinlah bagi mengelakkan masalah sumbang mahram.Bagi mereka yang belum mampu maka digalakkan berpuasa bagi mengekang hawa nafsu.......
- Carilah tuhan selain allah
- Carilah dunia selain dunia allah
- Carilah rezki selain rezki allah
No comments:
Post a Comment