Our sponsor...

Tuesday, November 2, 2010

Muhammad(S.A.W)

Muhammad(S.A.W) legasi terunggul

Muhammad , Lahirmu kemuka bumi membawa seribu cahaya, Lahirmu menghapus derita, Lahirmu menghapus sengsara, Lahirmu penuh keberkatan.

Muhammad, Kau penghulu segala nabi, Kau penghulu segala rasul, Kau penghulu segala wahyu, Kau pelengkap bagi kehidupan ini.

Muhammad, Hidupmu penuh kemuliaan, Hidupmu penuh keberkatan, Hidupmu penuh hemah , Hidupmu menjadi contoh, Wahyumu menjadi ikutan.

Muhammad, Walaupun kini kau tiada lagi, Umatmu masih mengingatimu, Namamu tidak lekang dari mulut kami,

Siang dan malam kami berselawat keatasmu, Ya Rasullullah.

Wahai sekalian alam , Berselawatlah kalian ke atas junjungan mulia Muhamad(S.A.W), Peringatilah jasa-jasanya , Dan bersyukurlah kalian kerana dikurniakan Muhammad legasi terunggul.

Hasil karya :

Mohd Haniff Husna,Felda Tenang,

MAC 2008

No comments:

Post a Comment