Berjuta syukur kuhadratkan keilahi,tuhan sekalian alam diatas kurniaannya yang tidak terhingga kepadaku.Setelah mengahrungi pelbagai dugaan dan cabaran akhirnya permohonan ku telah diterima.Benarlah kata orang kemarau tidak berpanjangan.Alhamdulillah itu saja yang mampu aku ungkapkan.n
Namun perjuanganku belum lagi berakhir,bahkan akan memasuki era baru.Disaat ini aku masih lagi berkira-kira akan keputusan ku ini,Hem,banyak lagi yang perlu disediakan buat bekalan...
Aku telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam bagi kos Komunikasi Massa (Periklanan).Aku diminta melaporkan diri pada 27hb Disember ini.Walaupun riang dalam menerima khabar gembira ini,namun seperti kukatakan kumasih berkira-kira.Masalah penajaan sepanjang pengajianku dan mampukah aku mengharungi dunia baru digelar Siswazah.Aku hanya mampu berharap agar segala urusanku dipermudahkan allah..Insyallah...CU D IPT...
No comments:
Post a Comment