Our sponsor...

Friday, July 29, 2011

Salamun alaik....

Bismillahhirahmanirrahim...
 Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan oleh allah yang maha esa menghirup udara segar atas ehsannya ya rabb.Bersyukur juga ku hadratkan ke ilahi atas limpah kurnianya dapat lagi diberi kesempatan untuk terus berkarya memuji kebesaran ilahi.Agak lama ku tidak meng"update"blog ku ini.Bukan kerana kesuntukan masa tapi ilham yang jarang tiba.Ku tulis coretan ini di pagi yang hening dengan kicauan burung,kokokan sang jalak disamping titisan hujan rahmat yg turun di pagi jumaat yang mulia ini.Alahamdulillah...

 Rahmat tuhan itu tidak mampu dikira bak pasir ditepian pantai.Dari saat mani terbentuk menjadi janin hingga menjadi segumpal daging yg mampu berkata-kata dan berfikir rahmat tuhan itu sentiasa mendampingi kita.Keluarga yang bahagia,anak yang soleh dan solehah juga merupakan suatu rahmat tuhan kepada kita.Namun adakah kita menyedarinya.Kita angkuh dengan nikmatnya ini dengan mengatakan semua ini hasil usaha kita sendiri walhal tanpa campurtangan allah semua ini tidak mampu kita miliki Masyaallah.

Antara rahmat allah yg lainnya seperti pengurniaan Tiga bulan agung mengikut kalendar islam iaitu Rejab,Syaaban dan Ramadan.Walaupun tiada amalan khusus seperti berpuasa dibulan ramadan  namun Rejab dan syaaban juga tidak kurang juga hikmatnya.Rejab dan syaaban merupakan bulan persiapan bagi menghadapi ramadan.Subhanallah...

Sekianlah coretanku kali ini,aku bukan ustaz sebaliknya seorang hamba yang tidak lekang melakukan dosa.Oeh itu ku pohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa terlebih bicara.Wassalam..

No comments:

Post a Comment