Kisah Mualaf 1
Seorang hamba allah terpandangkan seorang mualaf yg sedang tekun solat.Sesudah mualaf itu habis solat,hamba allah itu mendekati mualaf tersebut.Beliau bertanyakan apa yang menyebabkan beliau tekun dalam menunaikan solat,mualaf itu memberitahu,ketika solat pelbagai perkara mampu diingatinya.(Mualaf; ilmu mengenai islam masih lagi kurang.)
Kisah Mualaf 2
Seorang pendakwah bebas bercerita mengenai kesengsaraan semasa awal memeluk islam..Mereka yang baru memeluk islam ini juga mepunyai masalah kewangan lantaran harta mereka disekat oleh keluarga mereka,dipulaukan oleh keluarga,dan berbagai lagi kesulitan.Ini menyebabkan mereka kembali ke agama asal mereka.Tidak mendapat pembelaan daripada pihak berkuasa agama islam telah sedikit sebanyak membuatkan mereka berasa tidak dipedulikan oleh komuniti islam.(Mualaf merupakan antara golongan yang dibolehkan menerima zakat)
Kisah Mualaf 3
Kisah berlaku di zaman para sahabat(Saidina Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali).Ketika Khalid al-Walid memimpin tentera islam menentang tentera Rom,beliau telah dicabar berlawan satu sama satu dengan panglima tentera rom.Semasa pertarungan itu berlaku,panglima tentera itu telah bertanyakan mengenai Muhammad dan ajarannya.
Kepada Khalid, George bertanya:
“Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”
“Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,” kata Khalid.
“Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”
“Tidak!” Jawab Khalid.
“Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?” Tanya George.
Khalid menjawab: “Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya.
Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku “Saifullah” (pedang Allah).”
“Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?” Tanya George.
“Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar.” Jawab Khalid.
George bertanya:
“Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?”
Jawab Khalid:
“Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”
“Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?” Tanya George.
“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid bin Walid.
George bertanya:
“Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”
Khalid menjawab:
“Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya,
baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahupun yang kemudian masuk Islam.”
“Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?” Tanya George.
Khalid menjawab:
“Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda.
Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan.
Oleh kerana itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu.”
George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”
“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.
George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu,
mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.”
Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam khemahnya,
kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.
Sesudah memeluk islam,beliau telah bertarung bersama tentera islam dan telah syahid dalam peperangan tersebut.Alangkah bertuahnya beliau diberi hidayah memeluk islam dan telah ipilih allah untuk syahid di medan perang.Suatu yang didambakan oleh Panglima Khalid Al-Walid.

No comments:
Post a Comment